Thursday, July 29, 2010

~ Penyatuan Hidup Mama dan Papa ~





22 Januari 2004

Tarikh keramat mama dan papa di satukan dalam satu majlis yang sederhana tetapi meriah. Memang meriah kerana sudah 11 tahun rumah tok dan aki tiada majlis perkahwinan. tok dan aki pun gelabah jugak seolah2 ini adalah majlis perkahwinan pertama yang pernah diadakan..hehe..tok cakap, tok dah lupa, dah 11 tahun tak buat kenduri..


segala-galanya berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancangkan. cuma papa je sampai lambat ke masjid untuk upacara akad nikah. tok imam dah lama menanti. aki pun resah, gelisah, bimbang bakal menantunya batalkan pernikahan di saat akhir..sebab baru minggu lepas terjadi pada jiran aki...di hari pernikahan, pengantin lelaki sampai sudah tidak kunjung tiba..kalau la papa buat macam tuh, mesti kena kerat 18 ngan aki..hahaha..setelah 2 jam menanti akhirnya rombongan papa tiba jua. Upacara akad nikah diteruskan. Dengan sekali lafaz, mama dan papa sah menjadi suami isteri..mama ,memanjatkan kesyukuran..


akhirnya percintaan mama dan papa selama 6 tahun berakhir dijinjang pelamin. tercapai juga impian mereka untuk hidup bersama, berkongsi segala suka dan duka setelah mengharungi pelbagai rintangan, onak dan duri..ternyata jodoh mama dan papa begitu kuat. walau sehebat manapun dugaan melanda, mereka berjaya harunginya..


FEBRUARI 2004

Mama berhenti kerja kat Bandar Indera Mahkota, Kuantan dan berhijrah ke Johor Bharu untuk memulakan kehidupan sebagai suami isteri. papa dan mama menyewa rumah lot di Taman Sinaran Baru, Kempas. suasananya sungguh nyaman. kedudukan rumah sewa mama di atas bukit..tak ubah seperti suasana kampung..


Di sini la mama dan papa memulakan kehidupan baru. belajar hidup sendiri membina sebuah kehidupan berumahtangga..walaupun rumah mama takde tangga...hehe..pahit maung semua di lalui dengan penuh sabar dan tabah..

Di sini juga mama dan papa belajar erti kehidupan..jauh dari ibu bapa, keluarga..tapi semua tu tidak pernah melunturkan semngat kami untuk teruskan berjuang demi sebuah kehidupan yang sempurna..